Thursday 11 October 2012

Rahsia Di Sebalik Nama =)


RAHSIA HURUF PADA NAMA

Sekadar panduan mengenal diri dan mengenal pasangan anda, baik dia suami, isteri, boyfriend mahupun girlfriend. Seelok-eloknya ambil pen dan cuba gabungkan huruf-huruf berkenaan dan buat definisi sendiri. Ingat, tak wajib betul harus salah, sekadar nak mengenal siapakah dia yang kita mahu menjalinkan cinta kedua tu dan siapakah kita yang tak reti-reti puas tu dan siapakah dia pasangan kita yang sedia ada. 

Yang betul itu kebetulan. Jika ia baik ransang terus, jika salah itu juga kebetulan. Jika ia tak baik maka hapus terus.

A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.

B = anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.

C = anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.

D = anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.

E = anda sentiasa seorang yang exited.

F = semua orang menyayangi.

G = anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.

H = anda bukan seorang judgmental, tiada otak keadilan.

I = anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.

J = anda seorang yang cemburu.

K = anda suka mencuba perkara-perkara baru.

L = anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.

M = kejayaan mudah datang kepada anda.

N = anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.

O = anda seorang yang berfikiran terbuka.

P = anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.

Q = anda seorang hipokrit, pentingkan diri.

R = anda seorang yang gemar bersosial.

S = anda sangat broad-minded.

T = anda ada sikap canggih, amat canggih.

U = anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa standing dengan orang lain.

V = fizikal anda baik sekali.

W = anda suka menyendiri.

X = anda tak akan benarkan org bagitahu anda apa yg patut anda buat.

Y = anda selalu penyebab pada banyak masalah.

Z = anda selalu bergaduh dengan seseorang.


Cuba gabungkan makna-makna huruf ni ikut ejaan nama anda.

Misalnya, kalau TUAH jadinya :

T = anda ada sikap canggih, amat canggih.

U = anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa standing dengan orang lain.

A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.

H = anda bukan seorang judgmental, tiada otak keadilan.

Disitu kita mungkin kenal diri kita, buatkan juga untuk pasangan kita dan tengok persamaan, jauh dari perbezaan. Hendak cari perbezaan memang seratus kita akan jumpa dan hendak cari perbezaan, seribu yang akan menjelma.

Tak wajib betul harus salah, setakat suka-suka, sekurang2nya kita ada panduan utk mengenal pasangan kita, atau saingan kita. Semuanya ALLAH punya kuasa, tapi tentu setiap sesuatu itu ada rahsia yg tersembunyi. Kalau sekarang baru tahu bukan bermakna ia tak ada, tapi kita yang belum jumpa.

Akhir kata, selamat bercinta buat kali pertama dan itulah yang pertama dan terakhir. Cinta untuk cita-cita kerana cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati.
-H. M. TUAH ISKANDAR

Kursus Jati Diri Kepimpinan Pengawas ( sesi petang ) 2012

Pada 13 september 2012 ( Khamis) telah diadakan sebuah kursus ynag melibatkan pengawas sesi petang. Kursus ini adalah kerjasama antara Badan pengawas dan UBK SMK Taman Desa Jaya. Kursus bermula dari jam 8.00am-4.30pm bertempat di Dewan Mutiara SMK Taman Desa Jaya.

Tiga slot kursus yang telah dijalankan iaitu

1.  Ice- breaking
2.  PAC ( Parent, Adult dan Child)
3.  Si Butaku Sayang.

Kursus ini bertujuan adalah untuk membina semula semangat sepasukan dan menjelaskan kembali peranan sebagai seorang pemimpin pelajar kepada para pengawas sesi petang yang dilihat semakin goyak tampuk kepimpinannya. Diharapkan dengan adanya kursus ini dapat membangkitkan semangat kerja sepasukan dalam kalangan pelajar.

peserta menanti untuk mendaftar kehadiran


pelajar mendaftar

seronok yeee dengar ucapan =p

terima kasih pengetua kerana sudi merasmikan kursus

yeaahhhh!!kami hebat

kuch2 hota hai bye3

sampai tertonggeng-tonggeng

sesi fotoshoot

ingat isteri di rumah ke???

ape ni ye??

terapi duduk namanya

jejaka pelikat

nak pergi mana ni??

petani TDEJa

cari apa tuuuuuu

sambut menantu =D

happy nyer terima menantu =p

abesss dahhhh



video PROGRAM =)


Wednesday 10 October 2012

gudluck PELAJAR PMR!!




SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN DENGAN JAYANYA!!! buat semua pelajar PMR yang menjalani peperiksaan PMR kami daripada UBK SMK TDEJA mendoakan semuanya akan dapat menjawab dengan jayanya. Pastikan anda tidak tertekan yeeee.... pasti seronok kan duduk di bilik peperiksaan... hehehehe

janganstress!!! takut jadi macam gambar di bawah ini pula  


Monday 8 October 2012

SALAM PERKENALAN DARIPADA UBK T'DEJA

alhamdullilah.... diberikan Tuhan kepada kita pada hari ini untuk terus bernafas...
semoga semua warga SMK T'DEJA  hari ini ceria...sihat... dan sentiasa bersemangat dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik mahupun pelajar...

MULAKAN HARI INI DENGAN SENYUMANNNNNNNN ....